Wednesday, May 6, 2020

BBM3410Satu2020: BAB 7 (ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA)

Bab 7: Isu dalam Rangkaian Sosial dalam Kalangan Pengguna

NOTA RINGKAS




RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 3 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

CERITA SOSIAL 3

Nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 3:

1. Bertanggungjawab
2. Rajin
3. Mengucapkan terima kasih

Pada pendapat saya, terdapat tiga nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 3 ini iaitu bertanggungjawab, rajin dan mengucapkan terima kasih. Ketiga-tiga nilai ini telah ditonjolkan dalam cerita ini dan amat bersesuaian. Nilai yang pertama iaitu bertanggungjawab yang merupakan peranan dipegang oleh seseorang dalam mengendalikan sesuatu perkara. Nilai telah dintonjolkan dalam watak adik-beradik Alim iaitu abang Imran, Kak Madinah, Alim dan Aisyah yang amat bertanggungjawab melakukan kerja rumah dan saling membantu antara satu sama lain. Mereka kerap menolong ibu dan bapa melakukan tugas. Nilai kedua pula rajin, di mana sikap ini amat terpuji yang diterapkan dalam watak Alim. Dia seorang anak yang rajin membantu keluarganya. Ibunya memuji Alim rajin bekerja dan melakukan sesuatu perkara. Mengucapkan terima kasih merupakan ucapan yang amat berharga kerana tanda penghargaan terhadap budi baik seseorang itu kepada kita. Melalui cerita ini Alim telah mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapanya kerana membantunya dalam segala hal dan telah membesarkan mereka dengan baik. Ketiga-tiga nilai ini amat penting dan harus diterapkan dalam diri setiap orang.


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu.






BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK 





Asas grafik merupakan salah satu perkara yang terdapat dalam multimedia. Terdapat beberapa kepentingan asas grafik yang dapat diketengahkan. Antara kepentingan asas grafik ialah menarik, mudah difahami, mesej, ketara (predictability) dan promosi. Perkara ini dapat dibincangkan berdasarkan gambar rajah di atas. Pasti anda semua mengetahui poster yang dipaparkan, bukan!! Poster di atas merupakan animasi Ejen Ali The Movie. Bagi kepentingan yang pertama iaitu menarik, poster di atas menarik kerana mempunyai kombinasi warna dan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Hal ini juga meninggalkan kesan yang baik kepada seseorang itu untuk melihat filem animasi ini dan memahami mesej yang disampaikan. Kedua, mudah difahami di mana menerusi poster tersebut masyarakat akan faham ia berkenaan filem animasi yang ditayangkan di pawagam dan digemari golongan kanak-kanak. Ketiga, mesej yang disampaikan juga amat penting dalam asas grafik. Setiap perkara yang diperlihatkan mempunyai mesej tertentu dan mampu meninggalkan kesan kepada masyarakat. Sebagai contoh, poster Ejen Ali tersebut mempunyai mesej yang ingin disampaikan iaitu mengenai ejen yang ingin menyelamatkan sebuah bandar dan hubungan kekeluargaan serta persahabatan. Kepentingan keempat ialah ketara di mana setiap foto atau video itu memberi kesan ketara kepada masyarakat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan. Kepentingan yang terakhir promosi. Sebut sahaja promosi pasti anda mengetahui ia amat penting tambahan poster di atas mempunyai kadar promosi yang tinggi bagi menarik perhatian penonton untuk menyaksikan filem ini di pawagam bukan sahaja golongan kanak-kanak bahkan dewasa. Promosi dapat dibuat dalam pelbagai cara melalui media cetak dan media sosial.


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM.









Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: BAB 1 (MEDIA SOSIAL: GAMBARAN KESELURUHAN)


BAB 1 - MEDIA SOSIAL: GAMBARAN KESELURUHAN


AKTIVITI 1



AKTIVITI 2




AKTIVITI 3


RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.





BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)

Cerita Sosial 2

Nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 2:

1. Baik hati
2. Kasih sayang
3. Tolong-menolong

Pada pendapat saya, terdapat tiga nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 2 yang telah ditonjolkan iaitu baik hati, kasih sayang dan tolong-menolong. Nilai baik hati merupakan amalan yang mulia. Sikap ini telah ditonjolkan dalam watak Alim yang baik hati iaitu dia ingin berkongsi rezeki dengan memberi buah-buahan kepada jirannya, Sulaiman. Walaupun dia masih kecil namun dia menunjukkan sikap yang sangat mulia kerana Alim sentiasa mendengar nasihat ibu dan ayahnya. Selain itu, nilai yang kedua ialah kasih sayang turut diketengahkan antara Alim dan adik-beradiknya. Kasih sayang merupakan sikap yang amat baik. Dia, abang Imran, Madinah dan Aisyah saling menyayangi antara satu sama lain kerana mereka juga sering berkongsi barangan mahupun makanan. Sikap kasih sayang antara adik-beradik ini membuktikan kita haruslah menghargai darah daging kita sendiri dan tidak bergaduh. Nilai yang ketiga ialah tolong-menolong yang ditonjolkan dalam diri Alim. Dia membantu ahli keluarganya mengemas rumah dan membuang sampah. Perkara ini amat penting kerana dapat menjaga kebersihan sekaligus meringankan beban orang lain. 

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu.






BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)

RULE OF THIRDS








Heyy wassap gais ok hari ni kita akan buat tugasan menerusi laman Facebook iaitu mengenai rule of thirds Paparan di atas menunjukkan ringkasan mengenai Rule of Thirds. Perkara ini telah dimuat naik di laman Facebook saya di mana saya telah menyatakan ringkasan mengenai rule of thirds untuk swafoto. Saya juga telah melukis gambar bagi menunjukkan rule of thirds bagi swafoto dengan lebih jelas untuk memberitahu kepada orang lain mengenai kaedah ini. Setiap orang mempunyai gaya berswafoto yang tersendiri dan penggunaan rule of thirds ini membuktikan ia amat penting kerana menghasilkan foto yang cantik dan seimbang. Oleh itu dengan cara saya memuat naik di laman Facebook ini dapat menghebahkan kepada rakan-rakan Facebook saya mengenai rule of thirds ini. Selamat berpuasa gaiss!!


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM.


BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir u...