Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Keluarga


KELUARGAKU!!!

   Keluarga merupakan anugerah daripada Allah yang amat bernilai harganya bagi setiap insan. Begitu juga saya dan saya amat bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang amat memahami dan amat terbaik bagi saya. Saya merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Saya mempunyai dua orang kakak iaitu Syasmira dan Anim serta seorang abang, Adib. Saya juga mempunyai ayah yang dipanggil Abah dan sangat kacak diberi nama Abdul Rahman dan emak yang sangat peramah bernama Norliya. Abah saya merupakan pesara kerajaan dan emak saya seorang suri rumah tangga. Masakan emak saya sangat enak sehingga menjilat jari. Apabila saya berada jauh di sisi keluarga, saya amat merindui masakan emak saya dan merindui keluarga di kampung. Saya juga turut membela seekor kucing jantan yang turut menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Kucing tersebut diberi nama Chandan. Kucing juga turut menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Hargailah keluarga anda. Mereka sentiasa menyokong saya dan sentiasa menjadi tulang belakang saya dalam melakukan sesuatu perkara. Tanpa mereka siapalah saya. Rumahku Syurgaku. Keluargaku Kesayanganku.







 
   

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir u...