Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1


  SINOPSIS CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK

                                                 


  Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Alim yang pulang ke kampung bersama keluarganya di Kajang. Alim seorang budak yang ceria dan dia gemar untuk pulang ke kampung kerana datuk dan neneknya ada menternak ayam dan itik di dalam reban. Namun apabila Alim tiba di kampunya, dia berasa sedih dan menangis kerana dia tidak menjumpai ayam dan itik peliharaan datuk dan neneknya di dalam reban. Semasa keluarganya sedang sibuk mengemas barang untuk dibawa masuk ke dalam rumah, neneknya cuba mendapatkan Alim dan memujuknya supaya jangan menangis. Neneknya memberitahu bahawa reban tersebut sudah diubah dan dibuat baru lantas Alim gembira melihat ayam dan itik masih hidup. Setelah puas melihat ayam dan itik di luar, Alim mula masuk ke dalam rumah dan melihat sekeliling. Tiba-tiba Alim menangis lagi kerana dia menyangka bahawa rumah dan datuknya sudah tiada lalu nenek datang memujuknya supaya berhenti menangis dan membawanya ke sekeliling rumah. Ibu bapa Alim serta datuk dan neneknya berasa hairan akan kelakuan Alim pada hari itu namun dia kedengaran ketawa bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah di ruang tamu sambil menonton kartun di televisyen. Hal ini membuatkan hubungan mereka lebih erat kerana suasana kampung yang berlainan daripada biasa dan mereka menjadi keluarga bahagia.


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.       Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir u...