10 Cara Penulisan Blog yang Baik :
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
10 cara penulisan blog yang baik amat penting bagi memberi pendedahan kepada setiap seorang untuk menulis blog mengikut kreativiti tersendiri. Cara yang pertama iaitu pemilihan tajuk. Tajuk yang menarik dapat membuatkan pembaca lebih tertarik untuk membacanya. Hal ini disebabkan setiap pembaca akan berminat untuk mengetahui lebih mendalam penceritaan dalam blog tersebut melalui pemilihan tajuk. Selain itu, cara kedua melalui cerita di mana setiap kisah yang ditulis mempunyai makna atau tujuan dalam sesebuah penulisan blog. Oleh itu, ia dapat menambat hati pembaca. Cara ketiga penggunaan ayat humor dan jenaka juga mampu membuatkan pembaca lebih tertarik kerana ayat tersebut mampu mencuit hati mereka. Di samping itu, hujah yang terbaik juga amat penting bagi menghuraikan penulisan blog kerana dapat mengukuhkan sesebuah penceritaan. Mengaitkan penulisan dengan berita terkini merupakan cara kelima yang dapat ditonjolkan kerana sesebuah isu itu juga amat penting. Penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas juga haruslah dipraktikkan bagi memastikan pembaca lebih berminat untuk membacanya. Cara ketujuh ialah penulisan blog haruslah dapat dibaca dan mudah difahami. Setiap penulis blog juga dapat berkomunikasi dengan pembaca melalui blog tersebut. Penulis juga boleh menggunakan moral dan nilai estetika dalam penulisan blog dan yang terakhir penulisan blog yang baik juga mestilah berilmu untuk penulisan pendidikan.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment