Kumpulan kami telah menyiapkan tugasan yang diberikan dan mendapat persetujuan daripada Prof. Normaliza dan memperoleh 3 bintang. Hasil tugasan ini membuktikan kerjasama daripada kumpulan kami The Luxe Production. Terima kasih Prof dan rakan-rakan sekalian.
Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts
Monday, February 24, 2020
BBM3410Satu2020: Blanket test 2.0
SOALAN BLANKET TEST 2.0
Soalan 1 : Terangkan asas fotografi yang terdapat dalam gambar tersebut ?
Jawapan 1 : Gambar tersebut menggunakan asas fotografi potrait. Gambar tersebut lebih kelihatan jelas diambil. Potrait diambil dalam jarak yang dekat untuk mempamerkan wajah yang beremosi seseorang.
Soalan 2 : Jelaskan asas fotografi yang digunakan dalam gambar ini ?
Jawapan 2 : Asas fotografi yang digunakan adalah Mug shot. Hal ini demikian kerana foto atau gambar yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan pada bahagian muka. Mug shot mempamerkan pada bahagian raut wajah dengan lebih jelas supayaa dikenali oleh orang ramai.
Soalan 3 : Huraikan asas fotografi yang berkaitan dengan gambar tersebut ?
Jawapan 3 : Gambar yang digunakan adalah Close-up yang merupakan salah satu asas fotografi . Close-up diambil dalam jarak yang dekat untuk memfokuskan muka seseorang. Ianya diambil dengan lighting yang jelas.
BBM3410Satu2020: Asas Fotografi
LONG SHOT (PEMANDANGAN)
LONG SHOT (MANUSIA)
MEDIUM SHOT (PEMANDANGAN)
MEDIUM SHOT (MANUSIA)
PORTRAIT (M.NASIR)
PORTRAIT PENUH
MUG SHOT
CLOSE-UP
Thursday, February 20, 2020
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2- BUKU WACANA PROF. DR NORMALIZA ABD RAHIM
Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa mengisahkan bapa Alim telah membawa pulang banyak buah-buahan yang dibeli dari pasar tani. Bapanya membeli buah-buahan tersebut kerana mengetahui bahawa Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah menggemarinya. Antara buah yang dibeli seperti buah durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Setelah pulang bapanya mengajak mereka sekeluarga untuk makan bersama-sama. Kak Madinah dan Aisyah berlari keseronokan apabila melihat buah kesukaan mereka. Ibu pula datang membawa bakul sampah dan menyuruh mereka membuang kulit buah tersebut ke dalam bakul tersebut bagi menjaga kebersihan rumah lalu Alim, Imran, Madinah dan Aisyah mengangguk tanda faham. Tiba-tiba Alim menyatakan bahawa dia ingin memberi buah tersebut kepada Sulaiman yang merupakan jiran mereka. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buah tersebut. Semasa Alim ingin membuang sampah di luar rumah dia terserempak dengan Mak Timah yang sedang menyapu lantai rumahnya. Mak Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buah dan terharu akan kebaikan Alim. Alim juga suka berkawan dengan Sulaiman.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH
Gambar di atas menunjukkan beberapa manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa berdasarkan buku Eh!!! Media Sosial. Manfaat ini amat penting bagi pelajar dalam penggunaan media sosial.
- NUR SYIFAA ASILA BT ABDUL RAHMAN
- 196949
Monday, February 17, 2020
BBM3410Satu2020: Asas Grafik
Hai bersua kita dalam blog saya, pada hari ini kami dari kumpulan The Luxe Production yang terdiri daripada 10 orang ahli telah membuat tugasan yang diberikan oleh Prof Normaliza mengenai lima elemen asas dalam grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan dan telah diagihkan bagi mempercepatkan proses kerja. Pertama, kami telah mengagihkan tugasan mengikut proses kerja iaitu menggunting, menampal dan melihat kesesuaian gambar yang akan dipilih dari majalah terpakai.
Seterusnya, kami bekerjasama mencari gambar dan menggunting untuk dilekatkan pada mounting board. Kami juga telah meneliti setiap perkara yang diarahkan serta mendapatkan persetujuan daripada Prof Normaliza agar sesuai dengan kehendak beliau.
Selain itu, kami juga telah mencari dan menggunting huruf serta nombor untuk digabungkan dan ditampalkan pada mounting board. Hal ini bertujuan untuk dijadikan nama ahli kumpulan dan no matrik. Perkara ini juga memerlukan ketelitian dan kesabaran bagi mencarinya namun melalui kerja kumpulan ia dapat disiapkan.
Kami juga telah melekatkan gambar yang dipilih pada mounting board mengikut elemen yang ditetapkan iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.
Gambar di atas merupakan tugasan yang telah disiapkan bersama-sama yang telah diambil melalui majalah hiburan e-pop.
Kami merupakan ahli kumpulan The Luxe Production telah berjaya menyiapkan tugasan pertama mengikut ketetapan masa yang diarahkan. Terima kasih semua.
BBM3410Satu2020: Blanket Test
1) Soalan: Berapa ayat dalam teks?
Jawapan: 4 ayat
2) Soalan: Sila terangkan satu elemen asas grafik yang terdapat dalam gambar ini.
Jawapan: Keseimbangan. Di dalam gambar itu, pada bahagian atas terdapat warna langit yang cerah dan diseimbangkan dengan warna laut yang gelap di bahagian bawah. Di bahagian kanan pula, kedudukan resort adalah rawak dan diseimbangkan dengan resort di sebelah kiri yang padat. Di sebelah kiri juga terdapat sebuah bot yang mengimbangi resort yang padat itu.
Friday, February 14, 2020
BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1
SINOPSIS CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK
Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Alim yang pulang ke kampung bersama keluarganya di Kajang. Alim seorang budak yang ceria dan dia gemar untuk pulang ke kampung kerana datuk dan neneknya ada menternak ayam dan itik di dalam reban. Namun apabila Alim tiba di kampunya, dia berasa sedih dan menangis kerana dia tidak menjumpai ayam dan itik peliharaan datuk dan neneknya di dalam reban. Semasa keluarganya sedang sibuk mengemas barang untuk dibawa masuk ke dalam rumah, neneknya cuba mendapatkan Alim dan memujuknya supaya jangan menangis. Neneknya memberitahu bahawa reban tersebut sudah diubah dan dibuat baru lantas Alim gembira melihat ayam dan itik masih hidup. Setelah puas melihat ayam dan itik di luar, Alim mula masuk ke dalam rumah dan melihat sekeliling. Tiba-tiba Alim menangis lagi kerana dia menyangka bahawa rumah dan datuknya sudah tiada lalu nenek datang memujuknya supaya berhenti menangis dan membawanya ke sekeliling rumah. Ibu bapa Alim serta datuk dan neneknya berasa hairan akan kelakuan Alim pada hari itu namun dia kedengaran ketawa bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah di ruang tamu sambil menonton kartun di televisyen. Hal ini membuatkan hubungan mereka lebih erat kerana suasana kampung yang berlainan daripada biasa dan mereka menjadi keluarga bahagia.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Thursday, February 13, 2020
BBM3410Satu2020: Penulisan Blog
10 Cara Penulisan Blog yang Baik :
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
10 cara penulisan blog yang baik amat penting bagi memberi pendedahan kepada setiap seorang untuk menulis blog mengikut kreativiti tersendiri. Cara yang pertama iaitu pemilihan tajuk. Tajuk yang menarik dapat membuatkan pembaca lebih tertarik untuk membacanya. Hal ini disebabkan setiap pembaca akan berminat untuk mengetahui lebih mendalam penceritaan dalam blog tersebut melalui pemilihan tajuk. Selain itu, cara kedua melalui cerita di mana setiap kisah yang ditulis mempunyai makna atau tujuan dalam sesebuah penulisan blog. Oleh itu, ia dapat menambat hati pembaca. Cara ketiga penggunaan ayat humor dan jenaka juga mampu membuatkan pembaca lebih tertarik kerana ayat tersebut mampu mencuit hati mereka. Di samping itu, hujah yang terbaik juga amat penting bagi menghuraikan penulisan blog kerana dapat mengukuhkan sesebuah penceritaan. Mengaitkan penulisan dengan berita terkini merupakan cara kelima yang dapat ditonjolkan kerana sesebuah isu itu juga amat penting. Penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas juga haruslah dipraktikkan bagi memastikan pembaca lebih berminat untuk membacanya. Cara ketujuh ialah penulisan blog haruslah dapat dibaca dan mudah difahami. Setiap penulis blog juga dapat berkomunikasi dengan pembaca melalui blog tersebut. Penulis juga boleh menggunakan moral dan nilai estetika dalam penulisan blog dan yang terakhir penulisan blog yang baik juga mestilah berilmu untuk penulisan pendidikan.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410Satu2020: Kalendar 2021
KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir u...
-
KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir u...
-
MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL (1) Keluarga Saya berasa puas hati Menolong ibu bapa setiap hari Bermula di pagi hari Sehingga malam...
-
Hai bersua kita dalam blog saya, pada hari ini kami dari kumpulan The Luxe Production yang terdiri daripada 10 orang ahli telah membuat tug...





























