Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Hai bersua kita dalam blog saya, pada hari ini kami dari kumpulan The Luxe Production yang terdiri daripada 10 orang ahli telah membuat tugasan yang diberikan oleh Prof Normaliza mengenai lima elemen asas dalam grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan dan telah diagihkan bagi mempercepatkan proses kerja. Pertama, kami telah mengagihkan tugasan mengikut proses kerja iaitu menggunting, menampal dan melihat kesesuaian gambar yang akan dipilih dari majalah terpakai.

                                          

Seterusnya, kami bekerjasama mencari gambar dan menggunting untuk dilekatkan pada mounting board. Kami juga telah meneliti setiap perkara yang diarahkan serta mendapatkan persetujuan daripada Prof Normaliza agar sesuai dengan kehendak beliau. 

                                         

Selain itu, kami juga telah mencari dan menggunting huruf serta nombor untuk digabungkan dan ditampalkan pada mounting board. Hal ini bertujuan untuk dijadikan nama ahli kumpulan dan no matrik. Perkara ini juga memerlukan ketelitian dan kesabaran bagi mencarinya namun melalui kerja kumpulan ia dapat disiapkan.

                                         

Kami juga telah melekatkan gambar yang dipilih pada mounting board mengikut elemen yang ditetapkan iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

                                          

Gambar di atas merupakan tugasan yang telah disiapkan bersama-sama yang telah diambil melalui majalah hiburan e-pop.

                                                   

Kami merupakan ahli kumpulan The Luxe Production telah berjaya menyiapkan tugasan pertama mengikut ketetapan masa yang diarahkan. Terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir u...