Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2- BUKU WACANA PROF. DR NORMALIZA ABD RAHIM

    Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa mengisahkan bapa Alim telah membawa pulang banyak buah-buahan yang dibeli dari pasar tani. Bapanya membeli buah-buahan tersebut kerana mengetahui bahawa Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah menggemarinya. Antara buah yang dibeli seperti buah durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Setelah pulang bapanya mengajak mereka sekeluarga untuk makan bersama-sama. Kak Madinah dan Aisyah berlari keseronokan apabila melihat buah kesukaan mereka. Ibu pula datang membawa bakul sampah dan menyuruh mereka membuang kulit buah tersebut ke dalam bakul tersebut bagi menjaga kebersihan rumah lalu Alim, Imran, Madinah dan Aisyah mengangguk tanda faham. Tiba-tiba Alim menyatakan bahawa dia ingin memberi buah tersebut kepada Sulaiman yang merupakan jiran mereka. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buah tersebut. Semasa Alim ingin membuang sampah di luar rumah dia terserempak dengan Mak Timah yang sedang menyapu lantai rumahnya. Mak Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buah dan terharu akan kebaikan Alim. Alim juga suka berkawan dengan Sulaiman.


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
 

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir u...