Wednesday, May 6, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 3 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

CERITA SOSIAL 3

Nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 3:

1. Bertanggungjawab
2. Rajin
3. Mengucapkan terima kasih

Pada pendapat saya, terdapat tiga nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 3 ini iaitu bertanggungjawab, rajin dan mengucapkan terima kasih. Ketiga-tiga nilai ini telah ditonjolkan dalam cerita ini dan amat bersesuaian. Nilai yang pertama iaitu bertanggungjawab yang merupakan peranan dipegang oleh seseorang dalam mengendalikan sesuatu perkara. Nilai telah dintonjolkan dalam watak adik-beradik Alim iaitu abang Imran, Kak Madinah, Alim dan Aisyah yang amat bertanggungjawab melakukan kerja rumah dan saling membantu antara satu sama lain. Mereka kerap menolong ibu dan bapa melakukan tugas. Nilai kedua pula rajin, di mana sikap ini amat terpuji yang diterapkan dalam watak Alim. Dia seorang anak yang rajin membantu keluarganya. Ibunya memuji Alim rajin bekerja dan melakukan sesuatu perkara. Mengucapkan terima kasih merupakan ucapan yang amat berharga kerana tanda penghargaan terhadap budi baik seseorang itu kepada kita. Melalui cerita ini Alim telah mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapanya kerana membantunya dalam segala hal dan telah membesarkan mereka dengan baik. Ketiga-tiga nilai ini amat penting dan harus diterapkan dalam diri setiap orang.


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu.






No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir u...