Wednesday, May 6, 2020

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK 





Asas grafik merupakan salah satu perkara yang terdapat dalam multimedia. Terdapat beberapa kepentingan asas grafik yang dapat diketengahkan. Antara kepentingan asas grafik ialah menarik, mudah difahami, mesej, ketara (predictability) dan promosi. Perkara ini dapat dibincangkan berdasarkan gambar rajah di atas. Pasti anda semua mengetahui poster yang dipaparkan, bukan!! Poster di atas merupakan animasi Ejen Ali The Movie. Bagi kepentingan yang pertama iaitu menarik, poster di atas menarik kerana mempunyai kombinasi warna dan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Hal ini juga meninggalkan kesan yang baik kepada seseorang itu untuk melihat filem animasi ini dan memahami mesej yang disampaikan. Kedua, mudah difahami di mana menerusi poster tersebut masyarakat akan faham ia berkenaan filem animasi yang ditayangkan di pawagam dan digemari golongan kanak-kanak. Ketiga, mesej yang disampaikan juga amat penting dalam asas grafik. Setiap perkara yang diperlihatkan mempunyai mesej tertentu dan mampu meninggalkan kesan kepada masyarakat. Sebagai contoh, poster Ejen Ali tersebut mempunyai mesej yang ingin disampaikan iaitu mengenai ejen yang ingin menyelamatkan sebuah bandar dan hubungan kekeluargaan serta persahabatan. Kepentingan keempat ialah ketara di mana setiap foto atau video itu memberi kesan ketara kepada masyarakat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan. Kepentingan yang terakhir promosi. Sebut sahaja promosi pasti anda mengetahui ia amat penting tambahan poster di atas mempunyai kadar promosi yang tinggi bagi menarik perhatian penonton untuk menyaksikan filem ini di pawagam bukan sahaja golongan kanak-kanak bahkan dewasa. Promosi dapat dibuat dalam pelbagai cara melalui media cetak dan media sosial.


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM.









No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir u...