Cerita Sosial 2
Nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 2:
1. Baik hati
2. Kasih sayang
3. Tolong-menolong
Pada pendapat saya, terdapat tiga nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 2 yang telah ditonjolkan iaitu baik hati, kasih sayang dan tolong-menolong. Nilai baik hati merupakan amalan yang mulia. Sikap ini telah ditonjolkan dalam watak Alim yang baik hati iaitu dia ingin berkongsi rezeki dengan memberi buah-buahan kepada jirannya, Sulaiman. Walaupun dia masih kecil namun dia menunjukkan sikap yang sangat mulia kerana Alim sentiasa mendengar nasihat ibu dan ayahnya. Selain itu, nilai yang kedua ialah kasih sayang turut diketengahkan antara Alim dan adik-beradiknya. Kasih sayang merupakan sikap yang amat baik. Dia, abang Imran, Madinah dan Aisyah saling menyayangi antara satu sama lain kerana mereka juga sering berkongsi barangan mahupun makanan. Sikap kasih sayang antara adik-beradik ini membuktikan kita haruslah menghargai darah daging kita sendiri dan tidak bergaduh. Nilai yang ketiga ialah tolong-menolong yang ditonjolkan dalam diri Alim. Dia membantu ahli keluarganya mengemas rumah dan membuang sampah. Perkara ini amat penting kerana dapat menjaga kebersihan sekaligus meringankan beban orang lain.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment