Thursday, March 26, 2020

BBM3410Satu2020: SIMPULAN BAHASA

SIMPULAN BAHASA




Video di atas merupakan penggunaan simpulan bahasa yang digambarkan melalui beberapa jenis shot bagi memberi gambaran yang jelas mengenai simpulan bahasa yang digunakan seperti geli hati, perah otak, anak buah, rambang mata, mulut tempayan, hidung tinggi, pisau cukur, panjang tangan, tidur mati dan kaki bangku. Mari saksikan!!!


Thursday, March 19, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi


BAHAGIAN A
                                                                                                                                                                  
                              
STRATEGI KESOPANAN
                                                                                                                                                 

        Bald on-record                                                      Kesopanan Positif

        Contoh:                                                                  Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya
        Bersedia!                                                                tolong?
        Dengar sini….                                                        Boleh saya pinjam seratus ringgit?
        Berikan saya bakul besar itu.                                 Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu
        Lampu itu berwarna hijau.                                     tidak keberatan.
       Jemput masuk.
       Jemput makan.
                                                                                                                                                  

       Kesopanan Negatif                                                      Off-record

       Mungkin dia yang mengambil kotak                            Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.     
       itu, mungkin!                                                                 Mahal betul harga kasut di sini.
       Tolong berikan saya pinggan putih itu.                         Cantik baju kamu.
       Kalau begitu, sedikit arahan tidak
       diperlukan?
       Membuang botol kosong merata-rata
       tidak dibenarkan.

                                                                                                                                                                                      

NUR SYIFAA ASILA BT ABDUL RAHMAN
196949




BAHAGIAN B

Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

   Cerita ini mengisahkan keluarga Alim iaitu bapa, ibu, Abang Imran, Kak Madinah, Alim dan Aisyah. Bapa Alim telah membeli buah-buahan tempatan kegemaran Alim dan adik-beradiknya. Bapanya membeli buah tersebut di pasar tani dan menyuruh Abang Imran untuk memanggil yang lain untuk makan bersama-sama. Mereka berasa seronok kegembiraan lantas ibu pula menyuruh membuang sampah di dalam bakul yang disediakan setelah habis makan. Tiba-tiba, Alim menyatakan kepada ibunya bahawa dia ingin memberi sedikit buah-buahan tersebut kepada Sulaiman kerana ibu dan bapanya ada berpesan untuk berkongsi rezeki dengan orang lain dan ia amalan yang mulia. Lalu Alim memberi buah-buahan itu kepada jirannya Sulaiman.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu.







BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa


PETA MINDA: ASAS FOTOGRAFI (JENIS SHOT)







Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.


KEPENTINGAN RULE OF THIRDS

    Antara kepentingan rule of thirds ialah meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Ia merupakan teknik fotografi yang amat penting. Hal ini dikatakan demikian kerana teknik yang betul semasa mengambil gambar amat penting bagi menghasilkan foto yang cantik dan berkualiti. Sebagai contoh, sewaktu mengambil gambar seseorang itu akan melihat pemidang titik atau dalam paparan LCD yang berfungsi untuk merangka paparan. Selain itu, melalui grid itu rule of thirds berfungsi untuk mengenal pasti  empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej sekaligus memberikan empat 'garis' yang juga berguna untuk elemen dalam foto. Tambahan pula, rule of thirds juga penting bagi mengetahui kedudukan seseorang dengan betul apabila di dalam gambar dan menjadikan gambar tersebut kelihatan cantik. Seseorang itu harus berada di dalam kotak tersebut supaya gambar tersebut menjadi seimbang. 


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.




Wednesday, March 18, 2020

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

BAHAGIAN B

PENGENALAN

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.

                                                                                                    (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.

                                                                                 ( Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), proses penulisan mampu memberi impak kepada individu yang terlibat dalam bidang penulisan cerita. Seseorang itu akan berasa merendah diri, kurang keyakinan dan bersikap negatif terhadap perkara yang ditulisnya. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka berasa malu apabila orang lain membaca perkara yang ditulisnya sekaligus membuatkan mereka enggan menulis sesuatu cerita untuk dikongsi. Oleh itu, individu tersebut akan mengalami cabaran yang dinyatakan kerana tidak mahu cerita yang ditulis diketahui umum dan menjadi bahan umum.
Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), cara membuatkan pelajar lebih fokus dan memberi perhatian dalam proses pembelajaran bahasa melalui pelajar itu sendiri yang terlibat secara terus dalam sesuatu aktiviti yang dibuat. Perkara ini amat penting supaya dapat mengelak salah faham dalam pengajaran dan membuatkan proses pembelajaran lebih menarik dan tidak bosan. Proses ini bagi memberi galakan kepada pelajar dalam melakukan sesuatu aktiviti.



Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)


TWITTER (CERITA PENDEK)




Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim( 2019). Eh!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Monday, March 16, 2020

BBM3410Satu2020: ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)

ASAS FOTOGRAFI: FLATLAY



https://www.youtube.com/watch?v=0dXK6Yv-wWw&feature=youtu.be

Perkara di atas merupakan video dalam beberapa teknik yang diambil dengan menggunakan asas fotografi flatlay. Ia telah dilakukan secara berkumpulan dan kami The Luxe Production telah berganding bahu dalam melakukan teknik flatlay ini. Mari saksikan jangan lupa like dan subscribe. OK!!

Wednesday, March 11, 2020

BBM3410Satu2020: ASAS FOTOGRAFI POWERPOINT

VIDEO ASAS FOTOGRAFI

https://www.youtube.com/watch?v=72ERmYGXi9w&feature=youtu.be



                                                                    



Berikut merupakan link untuk video asas fotografi daripada kumpulan The Luxe  Production yang terdiri daripada 6 asas iaitu over the shoulder, bird's eye view, kabur, pendua, bayang dan siluet. Asas ini amat penting bagi mendapatkan sebuah gambar yang menarik dan jelas. Saksikan video kami, terima kasih!!!!



Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (POST INSTAGRAM)




BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

ASAS GRAFIK MULTIMEDIA 

   Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) asas grafik adalah antara asa yang amat penting yang harus diketahui dan difahami oleh setiap orang yang berminat dalam penggunaan kamera, video dan bahan yang mempunyai kaitan dengan grafik. Grafik merupakan imej yang berbentuk paparan. Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan dan dapat dihuraikan dengan ringkas seperti perkara yang berikut:

1. MUDAH
- Mudah dapat ditakrifkan sebagai sesuatu gambar yang mudah difahami melalui pandangan mata seseorang dalam bentuk foto atau video. Mesej yang ingin disampaikan juga mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan. Contohnya, gambar sekeping foto kanak-kanak bermain layang-layang di mana mudah difahami kerana mereka sedang bermain layang-layang.

2. WARNA
- Warna merupakan kombinasi warna atau satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto atau video. Grafik yang baik menggunakan tidak lebih daripada tiga warna. Warna juga memainkan peranan penting dalam asas grafik. Buktinya, warna pemandangan langit disesuaikan dengan suasana ketika senja.

3. TEKS
- Teks pula merujuk kepada saiz font dan jenis font yang digunakan. Kandungan dalam teks juga diambil kira bertujuan untuk memberi pemahaman terhadap grafik. Warna yang digunakan dalam teks juga amat penting. Sebagai contoh, penggunaan teks "Jauhi Dadah" menggunakan warna yang terang seperti warna merah sebagai tanda amaran dan menggunakan saiz font yang besar.

4. KESESUAIAN
- Kesesuaian dalam grafik diterangkan menerusi grafik yang sesuai dengan latar tempat, latar masa dan latar watak yang terdapat dalam foto atau video. Setiap perkara tersebut bersesuaian antara satu sama lain. Contohnya, beberapa pesawah sedang mengerjakan padi di kawasan sawah yang berwarna hijau sesuai dengan latar masa pada waktu pagi.

5.KESEIMBANGAN
- Keseimbangan dalam grafik dijelaskan berkenaan ruang dalam foto atau video. Ruang kiri dan kanan serta atas dan bawah diseimbangkan mengikut gambar yang diambil. Buktinya, ruang di sebelah kiri dipenuhi dengan kawasan rumah di sebuah tasik diseimbangkan dengan beberapa batang pokok. Ruang di atas dan bawah diseimbangkan dengan langit yang luas dan pemandangan tasik berwarna hijau.

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia, Serdang.


BBM3410Satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS ( VANDIJK, 1997)

  Struktur Makro

Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/ tema suatu teks

Superstruktur

Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan

Struktur Mikro

Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati 
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks


   Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) melalui Teori Analisi Wacana Kritis (Vandijk,1997) telah membahagikan teori ini kepada bebrapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kuasa wacana awam dan kawalan pemikiran. Perkara ini dapat dijelaskan melalui struktur makro yang dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik atau tema sesuatu teks. Manakala superstruktur pula menerangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.





Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI

                          Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott(1997)

Strategi Pengelakan atau Pengurangan

1. Pengabaian/ Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik

Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Pampasan

3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/ Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal 
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod 
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling

Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu

12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/ Use of fillers/ strategi penanda (hesitation devices)

KEPENTINGAN PENGGUNAAN STRATEGI KOMUNIKASI

  Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) berdasarkan Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonomi yang diketengahkan iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan dan sebagainya. Ia juga dibahagikan kepada tiga bahagian dan diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi. Penggunaan taksonomi ini amat penting bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai strategi komunikasi dengan lebih berkesan dan mantap.


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.




BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM



  Antara manfaat penggunaan Instagram yang pertama ialah membantu individu dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun Instagram mereka. Pengguna sekarang lebih gemar merakam video dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Manfaat yang kedua ialah dapat memberi peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian dan juga berkongsi pengetahuan kepada pengguna Instagram lain. Pengguna lebih gemar berkongsi aktiviti harian mereka dan berkongsi tips dan sebagainya. Manfaat yang ketiga ialah dapat mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Ia juga berupaya meningkatkan penggunaan teknologi. Manfaat yang keempat pula ialah bagi pengajar, cerita pendek Instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Manfaat yang terakhir pula dapat menyumbang kepada pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul.


RUJUKAN 

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

RUMUSAN KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN BAB 6





  Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) keputusan dan perbincangan dapat dirumuskan melalui tiga bahagian  iaitu blog di dalam pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Lakaran graf yang dilukis menunjukkan responden yang terdiri daripada lelaki dan perempuan lebih banyak memilih penulisan secara cerpen pendek berbanding puisi, skrip drama dan pantun. Hal ini disebabkan cerpen pendek lebih mudah dan efektif untuk ditulis oleh setiap golongan. Responden wanita juga mempunyai peratusan yang lebih tinggi berbanding responden lelaki. Oleh itu, kedua-dua responden ini juga menyatakan bahawa cerpen pendek ditulis bagi menambah baik kemahiran menulis, senang untuk ditulis sekaligus maklumat yang ingin disampaikan dalam cerita itu akan difahami oleh semua pembaca. Responden juga lebih gemar menulis mengenai cerita kanak-kanak kerana ia lebih menarik. Selain itu, melalui penulisan cerita pendek dalam blog membolehkan mereka berlatih  menggunakan bahasa serta mereka lebih gemar membaca membaca cerpen pendek dalam bloh rakan mereka. Penulisan cerita pendek ini juga lebih membuatkan mereka tertanya-tanya akan dunia yang berbeza dan mereka mampu berimaginasi tentang apa yang mereka tulis. Dapat dirumuskan bahawa setiap perkara yang ditulis mampu meningkatkan motivasi mereka dan responden lebih banyak memilih penulisan cerita pendek berbanding puisi, skrip drama dan pantun.

  Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) melalui blog dalam pembelajaran bahasa dapat dirumuskan melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis daripada blog. Kajian ini turut menggunakan responden lelaki dan wanita. Responden wanita lebih banyak meluahkan perasaan menerusi blog kerana dengan cara tersebut lebih baik berbanding dengan ketiga-tiga cara tersebut. Mereka lebih bersikap sentimental berbanding responden lelaki yang tidak berminat untuk meluahkan perasaan di laman blog kerana ia boleh dibaca oleh orang lain dan mungkin berasa malu. Responden wanita juga gemar menulis blog bagi meluahkan perasaan secara peribadi dan pada setiap hari. Bagi responden lelaki pula peratusan lebih tinggi dalam pemikiran kritis iaitu melalui teka-teki. Mereka lebih gemar menulis teka-teki kerana dapat meningkatkan motivasi menggunakan bahasa sasaran dan teruja untuk menyelesaikan teka-teki daripada blog rakan mereka. Ia juga lebih mencabar minda dan secara automatik dapat berfikir secara kritis.

  Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) melalui pembelajaran teknologi pula menerusi tiga cara iaitu video, audio dan fotografi. Kedua-dua responden lebih gemar pembelajaran teknologi dalam blog secara video dan audio. Hal ini disebabkan penggunaan teknologi dapat memotivasikan mereka untuk mencuba benda baharu di dalam blog. Melalui penggunaan video dan audio sekaligus memberi kelebihan terhadap penceritaan yang mereka tulis di laman blog. Responden lelaki dan wanita teruja utuk menyiarkan klip video di dalam blog mereka supaya kelihatan ebih menarik dan seronok. Mereka boleh meletakkan audio yang mereka gemari di laman blog dan audio yang dipilih juga bersesuaian. Responden wanita juga lebih gemar menyiarkan gambar menerusi laman blog mereka. Menerusi ketiga-tiga bahagian ini dapat dirumuskan bahawa kebanyakan responden yang terlibat dalam kajian ini telah memperoleh keyakinan mereka untuk menulis di blog. Perkara ini juga membuktikan mereka lebih bermotivasi untuk membaca blog rakan-rakan mereka dan juga melihat blog mereka dibaca oleh orang lain. Hal ini dapat membantu mereka lebih memahami kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. 


RUJUKAN 

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

  





BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir u...