Nyatakan perbezaan kajian dalam bab Facebook dan Twitter. (5 poin).
1. Mempunyai perbezaan dalam proses pembelajaran di mana Twitter dapat melatih kecekapan komunikatif dan kebudayaan . Hal ini disebabkan pelajar lebih seronok untuk menggunakan bahasa yang sesuai dan memahami aturan dan peraturan etika siber. Bagi kajian Facebook pula menjadi alat berkomunikasi dan digunakan bagi tujuan pembelajaran tidak formal, tetapi ia bukan satu alat untuk pengajaran formal.
2. Perbezaan kedua ialah dari segi penyebaran maklumat. Menerusi Twitter membantu mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak maklumat akan diperoleh. Sebagai contoh, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas kerana mereka membaca maklumat yang diperoleh selepas kelas menggunakan Twitter. Kajian Facebook pula menunjukan penyebaran maklumat dapat dikongsi menerusi kumpulan yang dibuat. Pelajar akan bergiat aktif dengan pengikutnya dan berkongsi idea.
3. Terdapat perbezaan aktiviti yang dibuat. Pengguna Facebook dapat melakukan aktiviti secara berkumpulan manakala guru dapat berkongsi maklumat dan melibatkan pelajar di luar kelas. Twitter pula hanya melibatkan aktiviti pelajar yang berkongsi maklumat.
4. Melalui Facebook pula, pelajar dapat mempelajari pelbagai bahasa yang menarik dan menambah ilmu pengetahuan. Pengguna Twitter pula hanya melibatkan proses pembelajaran dan mampu meningkatkan motivasi mereka
5. Kajian berkenaan Twitter juga dapati bahawa ia lebih mudah diakses, pantas dan efisien serta mempunyai informasi terkini. Bagi Facebook pula boleh digunakan sebagai alat pembelajaran bahasa dan mampu meningkatkan perkembangan kecekapan berkomunikasi pelajar.
RUJUKAN:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment