Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

ASAS GRAFIK MULTIMEDIA 

   Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) asas grafik adalah antara asa yang amat penting yang harus diketahui dan difahami oleh setiap orang yang berminat dalam penggunaan kamera, video dan bahan yang mempunyai kaitan dengan grafik. Grafik merupakan imej yang berbentuk paparan. Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan dan dapat dihuraikan dengan ringkas seperti perkara yang berikut:

1. MUDAH
- Mudah dapat ditakrifkan sebagai sesuatu gambar yang mudah difahami melalui pandangan mata seseorang dalam bentuk foto atau video. Mesej yang ingin disampaikan juga mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan. Contohnya, gambar sekeping foto kanak-kanak bermain layang-layang di mana mudah difahami kerana mereka sedang bermain layang-layang.

2. WARNA
- Warna merupakan kombinasi warna atau satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto atau video. Grafik yang baik menggunakan tidak lebih daripada tiga warna. Warna juga memainkan peranan penting dalam asas grafik. Buktinya, warna pemandangan langit disesuaikan dengan suasana ketika senja.

3. TEKS
- Teks pula merujuk kepada saiz font dan jenis font yang digunakan. Kandungan dalam teks juga diambil kira bertujuan untuk memberi pemahaman terhadap grafik. Warna yang digunakan dalam teks juga amat penting. Sebagai contoh, penggunaan teks "Jauhi Dadah" menggunakan warna yang terang seperti warna merah sebagai tanda amaran dan menggunakan saiz font yang besar.

4. KESESUAIAN
- Kesesuaian dalam grafik diterangkan menerusi grafik yang sesuai dengan latar tempat, latar masa dan latar watak yang terdapat dalam foto atau video. Setiap perkara tersebut bersesuaian antara satu sama lain. Contohnya, beberapa pesawah sedang mengerjakan padi di kawasan sawah yang berwarna hijau sesuai dengan latar masa pada waktu pagi.

5.KESEIMBANGAN
- Keseimbangan dalam grafik dijelaskan berkenaan ruang dalam foto atau video. Ruang kiri dan kanan serta atas dan bawah diseimbangkan mengikut gambar yang diambil. Buktinya, ruang di sebelah kiri dipenuhi dengan kawasan rumah di sebuah tasik diseimbangkan dengan beberapa batang pokok. Ruang di atas dan bawah diseimbangkan dengan langit yang luas dan pemandangan tasik berwarna hijau.

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia, Serdang.


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir u...