Wednesday, March 18, 2020

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

BAHAGIAN B

PENGENALAN

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.

                                                                                                    (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.

                                                                                 ( Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), proses penulisan mampu memberi impak kepada individu yang terlibat dalam bidang penulisan cerita. Seseorang itu akan berasa merendah diri, kurang keyakinan dan bersikap negatif terhadap perkara yang ditulisnya. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka berasa malu apabila orang lain membaca perkara yang ditulisnya sekaligus membuatkan mereka enggan menulis sesuatu cerita untuk dikongsi. Oleh itu, individu tersebut akan mengalami cabaran yang dinyatakan kerana tidak mahu cerita yang ditulis diketahui umum dan menjadi bahan umum.
Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), cara membuatkan pelajar lebih fokus dan memberi perhatian dalam proses pembelajaran bahasa melalui pelajar itu sendiri yang terlibat secara terus dalam sesuatu aktiviti yang dibuat. Perkara ini amat penting supaya dapat mengelak salah faham dalam pengajaran dan membuatkan proses pembelajaran lebih menarik dan tidak bosan. Proses ini bagi memberi galakan kepada pelajar dalam melakukan sesuatu aktiviti.



Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir u...