Thursday, March 19, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa


PETA MINDA: ASAS FOTOGRAFI (JENIS SHOT)







Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.


KEPENTINGAN RULE OF THIRDS

    Antara kepentingan rule of thirds ialah meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Ia merupakan teknik fotografi yang amat penting. Hal ini dikatakan demikian kerana teknik yang betul semasa mengambil gambar amat penting bagi menghasilkan foto yang cantik dan berkualiti. Sebagai contoh, sewaktu mengambil gambar seseorang itu akan melihat pemidang titik atau dalam paparan LCD yang berfungsi untuk merangka paparan. Selain itu, melalui grid itu rule of thirds berfungsi untuk mengenal pasti  empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej sekaligus memberikan empat 'garis' yang juga berguna untuk elemen dalam foto. Tambahan pula, rule of thirds juga penting bagi mengetahui kedudukan seseorang dengan betul apabila di dalam gambar dan menjadikan gambar tersebut kelihatan cantik. Seseorang itu harus berada di dalam kotak tersebut supaya gambar tersebut menjadi seimbang. 


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.




No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir u...