Video di atas merupakan penggunaan simpulan bahasa yang digambarkan melalui beberapa jenis shot bagi memberi gambaran yang jelas mengenai simpulan bahasa yang digunakan seperti geli hati, perah otak, anak buah, rambang mata, mulut tempayan, hidung tinggi, pisau cukur, panjang tangan, tidur mati dan kaki bangku. Mari saksikan!!!
Thursday, March 26, 2020
Thursday, March 19, 2020
BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi
BAHAGIAN A
STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record Kesopanan Positif
Contoh: Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya
Bersedia! tolong?
Dengar sini…. Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Berikan saya bakul besar itu. Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu
Lampu itu berwarna hijau. tidak keberatan.
Jemput masuk.
Jemput makan.
Kesopanan Negatif Off-record
Mungkin dia yang mengambil kotak Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
itu, mungkin! Mahal betul harga kasut di sini.
Tolong berikan saya pinggan putih itu. Cantik baju kamu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak
diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata
tidak dibenarkan.
NUR SYIFAA ASILA BT ABDUL RAHMAN
196949
BAHAGIAN B
Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa
Cerita ini mengisahkan keluarga Alim iaitu bapa, ibu, Abang Imran, Kak Madinah, Alim dan Aisyah. Bapa Alim telah membeli buah-buahan tempatan kegemaran Alim dan adik-beradiknya. Bapanya membeli buah tersebut di pasar tani dan menyuruh Abang Imran untuk memanggil yang lain untuk makan bersama-sama. Mereka berasa seronok kegembiraan lantas ibu pula menyuruh membuang sampah di dalam bakul yang disediakan setelah habis makan. Tiba-tiba, Alim menyatakan kepada ibunya bahawa dia ingin memberi sedikit buah-buahan tersebut kepada Sulaiman kerana ibu dan bapanya ada berpesan untuk berkongsi rezeki dengan orang lain dan ia amalan yang mulia. Lalu Alim memberi buah-buahan itu kepada jirannya Sulaiman.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu.
BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa
PETA MINDA: ASAS FOTOGRAFI (JENIS SHOT)
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.
KEPENTINGAN RULE OF THIRDS
Antara kepentingan rule of thirds ialah meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Ia merupakan teknik fotografi yang amat penting. Hal ini dikatakan demikian kerana teknik yang betul semasa mengambil gambar amat penting bagi menghasilkan foto yang cantik dan berkualiti. Sebagai contoh, sewaktu mengambil gambar seseorang itu akan melihat pemidang titik atau dalam paparan LCD yang berfungsi untuk merangka paparan. Selain itu, melalui grid itu rule of thirds berfungsi untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej sekaligus memberikan empat 'garis' yang juga berguna untuk elemen dalam foto. Tambahan pula, rule of thirds juga penting bagi mengetahui kedudukan seseorang dengan betul apabila di dalam gambar dan menjadikan gambar tersebut kelihatan cantik. Seseorang itu harus berada di dalam kotak tersebut supaya gambar tersebut menjadi seimbang.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.
Wednesday, March 18, 2020
BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini
BAHAGIAN B
PENGENALAN
PENGENALAN
Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
( Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), proses penulisan mampu memberi impak kepada individu yang terlibat dalam bidang penulisan cerita. Seseorang itu akan berasa merendah diri, kurang keyakinan dan bersikap negatif terhadap perkara yang ditulisnya. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka berasa malu apabila orang lain membaca perkara yang ditulisnya sekaligus membuatkan mereka enggan menulis sesuatu cerita untuk dikongsi. Oleh itu, individu tersebut akan mengalami cabaran yang dinyatakan kerana tidak mahu cerita yang ditulis diketahui umum dan menjadi bahan umum.
Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), cara membuatkan pelajar lebih fokus dan memberi perhatian dalam proses pembelajaran bahasa melalui pelajar itu sendiri yang terlibat secara terus dalam sesuatu aktiviti yang dibuat. Perkara ini amat penting supaya dapat mengelak salah faham dalam pengajaran dan membuatkan proses pembelajaran lebih menarik dan tidak bosan. Proses ini bagi memberi galakan kepada pelajar dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), cara membuatkan pelajar lebih fokus dan memberi perhatian dalam proses pembelajaran bahasa melalui pelajar itu sendiri yang terlibat secara terus dalam sesuatu aktiviti yang dibuat. Perkara ini amat penting supaya dapat mengelak salah faham dalam pengajaran dan membuatkan proses pembelajaran lebih menarik dan tidak bosan. Proses ini bagi memberi galakan kepada pelajar dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)
TWITTER (CERITA PENDEK)
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim( 2019). Eh!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Monday, March 16, 2020
BBM3410Satu2020: ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)
ASAS FOTOGRAFI: FLATLAY
Perkara di atas merupakan video dalam beberapa teknik yang diambil dengan menggunakan asas fotografi flatlay. Ia telah dilakukan secara berkumpulan dan kami The Luxe Production telah berganding bahu dalam melakukan teknik flatlay ini. Mari saksikan jangan lupa like dan subscribe. OK!!
Wednesday, March 11, 2020
BBM3410Satu2020: ASAS FOTOGRAFI POWERPOINT
VIDEO ASAS FOTOGRAFI
https://www.youtube.com/watch?v=72ERmYGXi9w&feature=youtu.be
https://www.youtube.com/watch?v=72ERmYGXi9w&feature=youtu.be
Berikut merupakan link untuk video asas fotografi daripada kumpulan The Luxe Production yang terdiri daripada 6 asas iaitu over the shoulder, bird's eye view, kabur, pendua, bayang dan siluet. Asas ini amat penting bagi mendapatkan sebuah gambar yang menarik dan jelas. Saksikan video kami, terima kasih!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410Satu2020: Kalendar 2021
KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir u...
-
KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir u...
-
MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL (1) Keluarga Saya berasa puas hati Menolong ibu bapa setiap hari Bermula di pagi hari Sehingga malam...
-
Hai bersua kita dalam blog saya, pada hari ini kami dari kumpulan The Luxe Production yang terdiri daripada 10 orang ahli telah membuat tug...






