CERITA SOSIAL 5
Nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 5:
1. Rajin
2. Melemparkan senyuman
3. Berdoa
Pada pendapat saya, terdapat tiga nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 5 yang dapat diperoleh iaitu rajin, melemparkan senyuman dan berdoa. Nilai yang pertama ialah rajin yang telah ditonjolkan oleh watak Alim. Dia seorang yang rajin membaca buku semasa waktu lapang dan berkongsi dengan jirannya, Sulaiman. Alim gemar membaca buku cerita yang dihadiahkan oleh ahli keluarga. Selain itu, nilai yang lain melemparkan senyuman merupakan sebahagian daripada iman. Sulaiman telah melemparkan senyuman kepada Alim yang telah memberinya buku. Dia berasa seronok kerana Alim sangat baik terhadap dirinya serta sanggup berkongsi dengannya, Mereka juga saling berkongsi antara satu sama lain. Nilai yang ketiga pula ialah berdoa memohon kepada Tuhan di mana ahli keluarga Alim telah berdoa supaya Alim segera sembuh dan dapat bemain bersama-sama. Hal ini disebabkan Alim kelihatan tidak sihat dan mengalami demam serta ahli keluarganya berasa sedih lalu memohon doa kepada Allah. Oleh itu, ketiga-tiga nilai tersebut amat penting dan harus diterapkan dalam diri manusia agar kita dapat menjadi insan yang berguna dan mulia.
RUJUKAN:
No comments:
Post a Comment