[1] Keluarga
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak ini mengenai keluarga di mana seorang anak yang berasa senang dan berpuas hati dalam membantu kedua-dua ibu bapanya setiap hari. Dia menolong mereka pada waktu pagi sehingga malam. Kanak-kanak tersebut gemar membantu keluarganya dengan mengemas rumah dan membasuh pinggan. Walaupun dia masih kecil tetapi dia gigih membantu keluarganya dan tidak merungut.
Dia amat menyayangi ibu bapanya dan sentiasa menjaga budi pekerti. Tambahan pula, dia juga sangat berhati-hati dalam melakukan kerja rumah dan membantu keluarganya kerana dia beranggapan bahawa dia masih kecil dan memerlukan tunjuk ajar daripada keluarganya. Dia amat mencintai keluarganya.
Kanak-kanak tersebut juga amat menyayangi ibu dan bapanya. Keluarganya terdiri daripada abang, kakak, adik dan saudara. Mereka sentiasa bersama dan ketika saling melengkapi antara satu sama lain. Keluarga amat penting dalam kehidupan kita kerana mereka yang sentiasa membantu kita ketika dalam setiap keadaan dan sentiasa berada di sisi kita.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment