Thursday, July 16, 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021


KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN

Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir untuk subjek Multimedia dalam Bahasa sebab lepas ni nak exam daa lepas tu habis. Ok nak cite sepanjang belajar kelas nii kena guna konsep redha sebab kelas ni banyak keje tapi best walaupun sis selalu blurr. First kena jadi blogger uolls, artis baru nak up, instafemes yang tak berapa nak femes, jadi penyanyi walaupun miming je pastu macam-macam ado..apa yang penting REDHA bak kata Prof. Ok yang terakhir ni buat kalendar pulok untuk 2021 tahun depan kome oii. Macam-macam hal masa nak buat kalendar ni first kena download photoshop..da la noob pasal bende alah ni tapi takpe kita redha. Nak download photoshop ni ambik masa plus nak teroyok rasenya sebab laptop hang apa la semua ado sebabkan nak buat kalendar. Nasib member tolong pastu pegi kedai semata-mata nak download ok takpe la kita redha, untuk belajar apa salahnya berkorban sikitkan. Pastu happy la sikit sebab da reti guna benda alah ni alhamdulillah. Ok apa yang kena ada dekat kalendar ni muka hadapan kalendar, bulan 1 sampai 12, background, muka sendiri dan terakhir kata-kata hikmat pun reka sendiri uolls. Semua kriteria nii kena ada dalam setiap kalendar dari Januari sampai Disember. Bila lagikan kalau bukan la nii. Cuma nak cakap terima kasih dekat pengajar kelas amali nii En Akmal sebab ajor macam-macam walaupun saya masih blurr dan noob but its okay. Terima kasih Prof. Dr. Normaliza kerana mengajar subjek ini dan rakan-rakan seperjuangan saya yang turut membantu. Kamsahamnida!!! Ok kat bawah nii saya sertakan sekali kalendar 2021 yang telah saya buat. Tengok tau penat saya buat. tiberr..ok sekian..p/s: lihatlah wajah2 yang comel2 belako haa gituu.





























                                                                   -THE END-


                                                                     




Sunday, June 14, 2020

BBM3410Satu2020: PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Nyatakan perbezaan kajian dalam bab Facebook dan Twitter. (5 poin).


1. Mempunyai perbezaan dalam proses pembelajaran di mana Twitter dapat melatih kecekapan komunikatif dan kebudayaan . Hal ini disebabkan pelajar lebih seronok untuk menggunakan bahasa yang sesuai dan memahami aturan dan peraturan etika siber. Bagi kajian Facebook pula menjadi alat berkomunikasi dan digunakan bagi tujuan pembelajaran tidak formal, tetapi ia bukan satu alat untuk pengajaran formal.

2. Perbezaan kedua ialah dari segi penyebaran maklumat. Menerusi Twitter membantu mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak maklumat akan diperoleh. Sebagai contoh, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas kerana mereka membaca maklumat yang diperoleh selepas kelas menggunakan Twitter. Kajian Facebook pula menunjukan penyebaran maklumat dapat dikongsi menerusi kumpulan yang dibuat. Pelajar akan bergiat aktif dengan pengikutnya dan berkongsi idea.

3. Terdapat perbezaan aktiviti yang dibuat. Pengguna Facebook dapat melakukan aktiviti secara berkumpulan manakala guru dapat berkongsi maklumat dan melibatkan pelajar di luar kelas. Twitter pula hanya melibatkan aktiviti pelajar yang berkongsi maklumat.

4. Melalui Facebook pula, pelajar dapat mempelajari pelbagai bahasa yang menarik dan menambah ilmu pengetahuan. Pengguna Twitter pula hanya melibatkan proses pembelajaran dan mampu meningkatkan motivasi mereka

5. Kajian berkenaan Twitter juga dapati bahawa ia lebih mudah diakses, pantas dan efisien serta mempunyai informasi terkini. Bagi Facebook pula boleh digunakan sebagai alat pembelajaran bahasa dan mampu meningkatkan perkembangan kecekapan berkomunikasi pelajar.



RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.




















BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1

MODEL PENCERITAAN NILAI SOSIAL 

(1) Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


TWITTER



 FACEBOOK




Pada pendapat saya, logo tersebut menceritakan sebuah keluarga. Ia mengisahkan seorang anak yang amat menyayangi keluarganya dan sering membantu mereka. Ahli keluarganya terdiri daripada ayah, ibu, abang, kakak dan adik. Oleh itu, logo tersebut dilukis dengan bentuk hati bagi menggambarkan kasih sayang antara mereka dan di sebelah kiri dan kanan pula, ayah dan ibu bagi watak dalam lagu ini yang sentiasa berada di sisinya.


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu. 

BBM3410Satu2020: PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN


Peta Minda untuk Watak dan Perwatakan




RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM




Thursday, June 11, 2020

BBM3410Satu2020: BAB 8 - IMPLIKASI PEDAGOGI

Bab 8 - Implikasi Pedagogi








RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.




















BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 5 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

CERITA SOSIAL 5

Nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 5:

1. Rajin
2. Melemparkan senyuman
3. Berdoa

Pada pendapat saya, terdapat tiga nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 5 yang dapat diperoleh iaitu rajin, melemparkan senyuman dan berdoa. Nilai yang pertama ialah rajin yang telah ditonjolkan oleh watak Alim. Dia seorang yang rajin membaca buku semasa waktu lapang dan berkongsi dengan jirannya, Sulaiman. Alim gemar membaca buku cerita yang dihadiahkan oleh ahli keluarga. Selain itu, nilai yang lain melemparkan senyuman merupakan sebahagian daripada iman. Sulaiman telah melemparkan senyuman kepada Alim yang telah memberinya buku. Dia berasa seronok kerana Alim sangat baik terhadap dirinya serta sanggup berkongsi dengannya, Mereka juga saling berkongsi antara satu sama lain. Nilai yang ketiga pula ialah berdoa memohon kepada Tuhan di mana ahli keluarga Alim telah berdoa supaya Alim segera sembuh dan dapat bemain bersama-sama. Hal ini disebabkan Alim kelihatan tidak sihat dan mengalami demam serta ahli keluarganya berasa sedih lalu memohon doa kepada Allah. Oleh itu, ketiga-tiga nilai tersebut amat penting dan harus diterapkan dalam diri manusia agar kita dapat menjadi insan yang berguna dan mulia.

RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu.




BBM3410Satu2020: ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

ANIMASI, DRAMA DAN FILEM







RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM













BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir u...