Thursday, June 4, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 4 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

CERITA SOSIAL 4

Nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 4:

1. Menghormati orang tua
2. Berdikari
3. Pemurah

Pada pendapat saya, terdapat tiga nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 4 yang telah diketengahkan iaitu menghormati orang tua, berdikari dan pemurah. Nilai yang pertama ialah menghormati orang tua telah ditonjolkan dalam watak Alim. Alim sangat menghormati ibu dan ayahnya serta adik-beradiknya yang lain dengan bersalaman dengan mereka sebelum pergi ke sekolah. Menghormati orang yang lebih tua amat penting kerana ia membuktikan tanda hormat kepada mereka. Seterusnya nilai berdikari yang bermaksud sikap belajar untuk menguruskan diri sendiri dan melakukan sesuatu perkara tanpa menyusahkan orang lain. Contohnya, watak Alim yang berdikari menguruskan dirinya sendiri dengan memakai baju sekolah, memakai kasut sekolah dan membawa botol air ke sekolah tanpa mengharapkan ibunya. Hal ini disebabkan dia berasa dirinya harus belajar untuk berdikari kerana dirinya sudah besar malah ibunya turut berbangga akan sikap Alim itu. Nilai yang ketiga ialah pemurah di mana sikap ini merupakan amalan yang mulia kerana keikhlasan diri untuk memberi sesuatu kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. Alim seorang yang pemurah kerana dia telah berkongsi kek cawan hari jadinya dengan rakan di sekolah dan dia berasa sangat seronok. Oleh itu, ketiga-tiga nilai ini haruslah dipraktikkan dalam diri kita bagi melahirkan sifat yang terpuji.

RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu.


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

KALENDAR 2021 by SYIFAA RAHMAN Assalamualaikum semua dan Salam Jumaat! Ok kita berjumpa lagi..hari ni mungkin post yang terakhir u...